Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018


Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2018. Setelah Kerajaan Malaysia bertukar tampuk pemerintahannya kepada Pakatan Harapan (PH) kini ada berita gembira buat penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018. Kerajaan mengumumkan akan meneruskan pemberian bantuan untuk mereka yang berpendapatan rendah tetapi BR1M akan ditukar nama dengan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Jawatan Kosong DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)

Melalui sidang media selepas mesyuarat kabinet, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad memberi makluman bahawa bantuan sara hidup kepada rakyat yang berkelayakan akan diberikan pada kadar jumlah sama dan dibayar pada 6 Jun 2018 untuk Fasa 2 dalam menggantikan BR1M

30/5/2018 : Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) digantikan dengan Bantuan Sara Hidup dengan jumlah bantuan dikekalkan, Golongan yang layak untuk mendapatkan Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah mereka yang berjaya dalam pemohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini.

KATEGORI 1 – INDIVIDU BUJANG LELAKI & PEREMPUAN BERPENDAPATAN RM2,000 KEBAWAH

Tarikh Bayaran : 26 Feb 2018

Jumlah Bayaran : RM450

Status : (Sudah Dibayar Melalui Br1m)

KATEGORI 2 – BERPENDAPATAN ISI RUMAH BULANAN RM3,001- RM4,000

Jumlah Bayaran : RM900

Peringkat Bayaran :

Fasa 1 RM300 26Feb2018 (Sudah Dibayar Melalui Br1m)

Fasa 2 RM300 6Jun2018

Fasa 3 RM300 Ogos (Jangkaan)

KATEGORI 3 – BERPENDAPATAN ISI RUMAH BULANAN RM3,000 & KEBAWAH

Jumlah Bayaran : RM1200

Peringkat Bayaran :

Fasa 1 RM400 26Feb2018 (Sudah Dibayar Melalui Br1m)

Fasa 2 RM400 6Jun2018

Fasa 3 RM400 Ogos (Jangkaan)