Deskripsi Tugas & Gaji Pengarah Kewangan Malaysia

Jawatan Pengurus Kewangan | Sebagai pengarah kewangan anda berada di puncak jawatan sebagai “financing” skop kerjanya lebih lebih luas apabila anda akan membuat segala keputusan perniagaan yang berkaitan dengan kewangan.

Dalam industri kewangan, penting semua orang memahami apa yang belanjawan, prestasi syarikat dan apa yang perlu dicapai. Sebagai pengarah, anda akan menjadi otai dalam semua maklumat ini.

Ini Serba Ringkas Tentang Skop Kerja “Pengarah Kewangan” :

  • Memantau prestasi perniagaan
  • Memantau aliran tunai
  • Mengawasi belanjawan dan semua orang berpegang kepada mereka
  • Bekerja dengan jabatan dan pasukan
  • Mengawasi pasukan akaun anda sendiri
  • Menyediakan akaun
  • Membangunkan model kewangan
  • Merancang masa depan
  • Analisis pesaing
  • Perancangan strategik

Kebanyakan pengarah kewangan akan menjadi akauntan berkelayakan atau hampir berkelayakan. Sebagai sebahagian daripada perkembangan kerjaya merek. Kelayakkan utama adalaha apabila mereka menjalani latihan untuk mendapatkan salah satu daripada enam kelayakan badan perakaunan bertauliah utama:

  • Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)
  • Institut Akauntan Pengurusan Berkanun (CIMA)
  • Institut Kewangan Awam dan Perakaunan Berkanun (CIPFA)
  • Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW)
  • Institut Akauntan Bertauliah di Ireland (ICAI)
  • Institut Akauntan Bertauliah Scotland (ICAS)

Menurut info sistem gajian malaysia “salary” purata gaji Pengarah Kewangan “financing director” ini ada sekitar RM300000.00 dengan education level “Doctorate” & “Master Degree” keatas.