Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada bulan Julai 2018, bagi anda yang berkelayakan dipelawa untuk memohon kekosongan jawatan tersebut sebelum tarikh tutup permohonan, cara untuk mendapatkan borang permohonan jawatan kosong di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) boleh didapati di sini.

Jawatan Kosong 2018 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Berikut adalah senarai kekosongan yang terdapat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), bagi calon yang ingin memohon sila berbuat segera sebelum tarikh tutup permohonan, permohonan yang lewat tidak akan dilayan.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperlawa warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas untuk memohon jawatan kosong yang disediakan.

Jawatan yang disediakan adalah :

  1. Pereka B21
  2. Jurufotografi
  3. Pereka BA29
  4. PenolongPegawai Sains
  5. Pegawai Sains
  6. Pegawai Teknologi Maklumat
  7. Juruteknik Komputer
  8. Pembantu Awam Gred H11
  9. Pembantu Awam Gred H11
  10. Pemandu Kenderaan Gred H11
  11. Pembantu Kemahiran HA19
  12. Penolong Jurutera J29
  13. Penolong Juruukur Bahan J20
  14. Juruukur Bahan JA41
  15. Jurutera JA41
  16. Pengawal Keselamatan KP11
  17. Pembantu Keselamatan KP19
  18. Pegawai Keselamatan 41
  19. Pembantu Operasi N11
  20. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) NA19
  21. Penolong Pegawai Tadbir NA29
  22. Pustakawan SA41
  23. Pegawai Hal Ehwal Islam SA41
  24. Pembantu Pembedahan Pergigian UA19
  25. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran UA29
  26. Pegawai Farmasi UA41
  27. Penolong Akauntan WA29
  28. Penolong Juruaudit W29
  29. Pegawai Kewangan WA41

CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN:

  1. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) dan melengkapkan semua maklumat termasuk memuat naik GAMBAR dan menjawab soalan Inventori Personaliti Staf Sokongan Baru (IPSB) melalui laman web UTM.
  2. Bayaran RM20.00 dikenakan bagi satu (1) jawatan. Sila simpan resit bayaran sebagai bukti pembayaran.
  3. Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  4. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
  5. Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan dibawa ketika sesi temuduga dijalankan. (Pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Gred A dan keatas)
  6. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  7. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini melalui pos kepada:

Pejabat Pendaftar (Seksyen Perjawatan & Kenaikan Pangkat)
Bahagian Sumber Manusia,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru

Tarikh tutup permohonan : 17 Julai 2018
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan

Klik Di Sini Untuk Memohon

One Comment

Leave a Reply
  1. Assalamualaikum w.b.t..saya Haziq Shahrulariffin ingin memohon jawatan sebagai pembantu operasi..bagaimanakah cara utk saya memohon jawatan tersebut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *